Loading...

Sunday, July 5, 2009

Lawak Kuda

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi
berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah plak tu. Beliau mempunyai
seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah
tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler.....


suruh buat per pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia
panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni
sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni
sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah
mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat
mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti
yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk
menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah
hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin
egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa
disangka-sangka kude tu terus tunduk.
Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya
bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai
budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik
telur kude tu sampai
dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira
wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti
yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan
kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari
yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa
yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya...
raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang
lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.

Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh". Budak kecik ni
pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-
mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, Maka bersoraklah orang
ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu
bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta
pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena
jentik lagi...??"